Sabtu, 30 Januari 2010

PI KE SIAM








29 JANUARI 2010
JUMAAT

Bersama 9w2MLC dengan Exora 9w2PDK ke rumah Sir Lok Man Moidin.. masih tak bersedia lagi dia .. masih mencuci kereta protonnya.. Woi awalnya.. pukul 8.00 hang pa mai.. kan hari tu janji pukul 9.00. bla.... blaa.... bla... . Pak Nan (Cgu Azizan) bukan ka bagi tau kat hang.. pukul 8.00 di kedai cendoi Asun. Laaa... aku tak tau pun .. ok... hang pi mandi dan siap.. aku pi ambik Non Ramli.. Skrip non .. minta maaf banyak-banyak.. aku ada kerja penting ni... tak boleh pi.. kalau aku tak ada ... kerja tu tak boleh siap... bla.. blaa... Ok la aku pi ambik hj sat.. kata dia nak naik dengan aku.. tin... tinnnn ... tin ........ tak jenguk pun. Mad bawa mai hp sat.. hallo hj kat mane?... hj jwb.. aku ada kat kedai cendoi dengan mail dan zahari .. hang mai cepat... sabar ji... aku di kuala Nerang.. hang di Asun.. Lok Man naik ....... zom ....Brummmmmmmmm.... guna jalan kurung hitam -> perik -> bukit wang -> Kg pinang, Asun masuk highway Chang Lon ..Zap sampai 30 minit... lewat 15 minit pukul 9.00. Huh... baru satu kereta mana yang lain?

9.15 pagi
bertolak ke Changlon ... ambil insurens dan road Thai. Ambil road tax 9 hari dengan bayaran RM 14.00. Photostad geran kereta kalau nak bawa kereta masuk Thai. Lepas tu tukar duit. Duit Malaysia dah jatuh berbanding duit Thai.. RM 10.20 (1200 sen) = 100 bhat

9.58 pagi
3 kereta lagi baru sampai. 10.30 pagi isi minyak RM100.00 (full tanks) exora di caltex Changlon. bergerak ke kedai sebelah untuk sarapan pagi.

11.12 pagi
bertolak ke Wang kelian. melalui lebuh raya kuala perlis - changlun -> cuping.. terus ke padang besar untuk isi minyak kereta Zainol Rashid dan Cgu Omar Eting.

12.00 tgh hari
ke Wang kelian Dari simpang ke kaki bukit ke Wang kelian .. awas jalan seperti naik gunug di Wang Kelian SEPERTI NAIK GUNUNG JERAI. Sebab dah banyak kali pi pekan nat di wang kelian jalan ni tak takut sangat la... tapi satu kejutan juga kepada pemandu yang tak pernah ikut jalan ni..
Di pos imigresenCop pas kat imigresen malaysia.. penumpang turun la.. kena cop sendiri. tak boleh kirim. lepasi sempadan kena cop imigresen Thai dan bayar RM 2.00. lepas tu istihar kereta nak masuk Thailand dekat kaunter imigresen sebelah. Kena pula RM 10.00. tapi urusan cukup mudah tak la banyak karenah birokrasi.. Melepasi imigresen thai kita akan jumpa jalan raya yang cukup elok.. malu nak cerita jalan raya kita dengan jalan raya di Thailand. bukan nak puji.. tapi itu la hakikat.. orang kuat UMNO macam Lokman pun akui jalan depa elok. rata dan tidak berlubang lubang.. bahu jalan sikit sangat yang bergerigi dan berlubang. Lebih elok dari lebuhraya malaysia. Tak percaya pi sendiri .. jangan dengar saja cakap orang yang tak pernah travel. Bawa kereta sendiri baru tau.. kalau tengok highway dari kapal terbang.. atau naik kereta cermin gelap mana nak tau kata jalan depa elok berbanding dengan kita. Melalui hutan simpan Wang Phra Can terus menuju ke jalan Satun / Pathalung.

Pak Bara
2.10 petang.

nanti akan di sambung........
peta lokasi terowong di khao nam khang (Bukit Liang san)













sir di depan terowong








papan tanda mengenai bilangan anak tangga di kem komunis kat bukit liang san




pengetua dengan berlatar belakang tanda arah ke lokasi-lokasi di kem komunis.









pasangan yang baru berkahwin boleh menggunakan tempat ini sehingga suatu tempoh yang diberikan oleh komander. Bilik pengantin.




lalauan masuk dari pintu arah timur..




twmpat latihan bermotorsikal. kadang kadang digunakan untuk latihan menembak.




tempat menerima isyarat kecemasan dan mencuri maklumat dari pasukan keselamatan









25 anak tangga untuk turun ke pintu utama terowong.Jerangkap samar komunis. jangan hairan nooo... batang bulat hijau tu sebenarnya buluh yang diisi bahan peledak.. guna kuasa bateri/sel kering. Kalau pokok sebesar tayar kereta boleh tumbang.. jika meletup. kat belakang tu jangan siapa -siapa pi tang tu... nanti bini marah...




Suasana durian burung sebelah Thai. tak ada apa-apa lagi. Gerai makan dan berkara..ok. Tapi jangan terkejut di sini dah ada ayam pakai kasut. Kalau ada rakan-rakan ke sini tanpa teman .. awas bro.. Kat sini ada abang umar sedang giat menjual beras pulut dan wangi. Dia orang langgar. Kalau ada masalah di sini .. boleh jumpa abang umar.












pintu sempadan malaysia - Thailand (Durian Burung)




Tempat ni dinamakan KOTA PUTRA. Baru saja di buka iaitu awal januari 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan