Tarikh
25 APRIl 2009
Tempat
Stadium Negara, Kuala Lumpur
JALAN HANG JEBAT
50150 KUALA LUMPUR
50150 KUALA LUMPUR
-----------------------------------------------
24 APRIL 2009
Jam : 9.00 Malam
Para peserta bertolak ke Stadium Merdeka dengan sebuah bas dari Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap.
Urusan pendaftaran diuruskan oleh En. Osman bin Chin (Penolong Pesuruhjaya Daerah)
Sesi mengenal sesama ahli Pengakap Padang Terap
25 APRIL 2009
25 APRIL 2009
Jam : 7.00 pagi
Para peserta telah sampai ke pakarangan stadium negara. Bertolak dari R&R Sungai Buloh untuk sarapan pagi dan solat subuh.
Ni..... dok lena lagi ... bukan senang nak mai KL. Sanggup mai KL nak sambut 100 tahun pengakap di Malaysia.
Kalau kat Kg Gajah Putih dan Nami bukan ada sambutan.. Maklumlah kami anak .... nun jauh dari kota metropolitan...
Entah laa... mimpi di siang hari kot? Acara seperti ini nak diadakan di tempat kami. Membebel pulaaa..
Pengakap ni..... kalau dah jadi pemimpin sanggup makan tepi tembok... biar anak buah duduk atas kerusi...
25 APRIL 2009
Jam : 9.00 pagi
Jam : 9.00 pagi
Para peserta mula bergerak memasuki stadium Negara
Menjadi kelaziman para pemimpin berjumpa dengan pemmimpin luar negeri untuk bertanya khabar. Kalau berjumpa pun jika ada mana-mana jambori. So kalau tak pernah pergi mana-mana aktiviti di luar macam mana nak jumpa depa ni.
Antara acara dan tarikan yang disediakan semasa perhimpunan ini adalah Persembahan Kompang Formasi Pengakap Kanak-kanak, persembahan gendang silat, Kawad bertongkat oleh Unit Pengakap Udara Negeri Johor, tarian zapin, Gerai pameran-pameran Sejarah Pengakap Malaysia, Unit-unit Pengakap, aktiviti dan juga jualan Kedai Pengakap
25 APRIL 2009 Jam 10.00 pagi Ketibaan tetamu kehormat Tun Abdullah Ahmad Badawi memnerima tabik hormat dari Pengakap Udara Negeri Johor.
25 APRIL 2009 Jam 10.00 pagi Ketibaan tetamu kehormat Tun Abdullah Ahmad Badawi memnerima tabik hormat dari Pengakap Udara Negeri Johor.
Persetiaan Pengakap
Bahawa dengan sesungguhnya,
Saya berjanji dan bersetia,
Yang saya dengan seberapa daya upaya,
Saya akan;
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong orang pada setiap masa,
Menurut Undang-undang Pengakap
Turut hadir di dalam perhimpunan ini adalah Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Presiden Agung Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia dan Yang Berhormat Dato' Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Antara tetamu Jemputan antarabangsa yang turut hadir adalah Mr. Jejomar C. Binay (Pengerusi, Komiti Pengakap Asia Pasifik) Mr. Abdullah Rasheed (Pengarah, Pengakap Wilayah Asia Pasifik), duta-duta serta wakil Pengakap dari lebih 16 buah Negara dalam wilayah Asia Pasifik. Presiden Kehormat . Perhimpunan yang telah dihadiri oleh lebih 10000 orang ahli Pengakap dari seluruh Malaysia ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merasmikan PESERTA PERHIMPUNAN 100 TAHUN PENGAKAP MALAYSIA
"SALAM PENGAKAP"
...................................................................................................................................................................................PENYAMPAIAN PINGAT DAN ANUGERAH
...................................................................................................................................................................................PENYAMPAIAN PINGAT DAN ANUGERAH
Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah menerima pengiktirafan dan Anugerah “Most Prestigious Scout Award” daripada Pertubuhan Pengakap Sedunia (WOSM) didalam perhimpunan yang gilang gemilang ini. Dalam perhimpunan ini juga, seramai 100 orang Pemimpin Pengakap berjasa daripada seluruh negara turut menerima Anugerah Pingat 100 Tahun Pengakap Malaysia yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Presiden Agung Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia.
Entah apa yang dikhabarkan oleh Pak Ad pada Cgu Nizar ... blaa..... blaaaa. blaaaa..................................................................................................................
SIJIL DAN CENDERAMATA
SIJIL DAN CENDERAMATA
Masing-masing peserta perhimpunan menerima sijil penyertaan dan cenderamata. Semuanya bernilai RM 10.00 / orang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan