Empangan Pedu telah dibina tahun 1972 dan mempunyai keluasan 65 km persegi dengan kawasan tadahan seluas 171 km persegi. Empangan ini diperbuat daripada longgokan batu-batan mampat sehingga 61 m. Terdapat satu empangan pelana(saddle dam) yang terletak di kawasan Batang Padi juga dibina dengan batu-batan mampat setinggi 15.3m. Selain menerima air dari kawasan tadahan, Empangan Pedu juga menerima air dari Empangan Muda melalui satu terusan bawah tanah (terusan Saiong) sepanjang 6.6 km yang mempunyai garispusat 4.6m. Air dari empangan Pedu digunakan khusus untuk tujuan pengairan sawah padi MADA(keluasan 1036 KMpersegi).
Bagi menenangkan fikiran dan kerehatan tubuh badan satu perbincangan tidak formal. Hasilnya satu pesepakatan diatur untuk meneroka Empangan Pedu. Distinasi kali ini ialah "Pong Kha" (Pokka/pongka).
Info : Pong Kha bermaksud padang rumput iaitu sejenis rumput juluk. Sebelum pembinaan empangan pedu kawasan ini merupa perkampungan orang-orang melayu seperti mana perkampungan di Mong Gajah.
24/10/2009
Jumaat.
Jam 3.00 petang
Mula berkumpul di gerai Kg Pinang. Sementara menanti rakan-rakan sampai ... pekena cendol ais .. boleh tahan. Ahli kumpulan yang paling lewat ... cgu. Man, Cgu Din dan cgu Ad.
Jam 3.45 petang
Semua sampai di pengkalan nelayan di Spill way. Jalan masuk ke pengkalan amat teruk... dah lama tak ditebas.
Peserta Explorasi : foto 1 : Pak Long, Radi, Cgu Ad dan Supardi. foto 2 : cgu Ad, anak jamaluddin, jamaluddin dan Rejab. barang-barang dipunggah masuk ke dalam 2 buah bot. masih menanti barang-barang diangkutke bot.
Kalau pernah ke Danau Toba... persekitarannya di tumbuhi rumah-rumah batu .. Tapi keindahan Pong kha .. masih belum tercemar. Danaunya yang bening .... sejuk mata memandang. 5 minit kemudian diikuti oleh bot kedua ... Barang-barang dipunggah dan diangkut ke tapak penginapan. Rakan yang perihatin .... melihat rakan-rakan yang yang lain kelelahan cgu lie .. masih bersemangat untuk memasak meegi.. berselera pulak makan meggi ni. rezeki pertama di Pongka.
cuaca yang cukup baik ... perjalanan yang lancar.... merentasi dari muka teluk spill way menuju ke timur menghala ke tekuk (pertemuan 2 sungai dan terdapat jeram di bawahnnya.- sekarang dah ditenggelami air). Masing-masing peserta eksplorasi menghayati keindahan/ panorama empangan pedu. Cgu Razi anak Telaga Mas ; Inilah air anugerah Illahi yang diempangkan untuk memakmurkan tanaman padi di kampungku. Air inilah yang akan mengalir ke dalam dan ke sawahku. Allhamdulillah ... Supardi .. bukan anak Jawa titisan warisan Kelantan .. Oh .... indahnya alam ini Tuhanku .. Abdullah .. anak jati Padang Terap .. nun di sana kampung ku .. Pak Long Khairuddin.. Waris Pedu .. Empangan Pedu dan aku adalah sejiwa.. Sakitnya engkau.. sakit juga hati ku.. peliharakan lah alam ini dari tangan-tangan yang rakus.. Din Kia Pengakap .. Ke puncak dah di daki, ke hutan dah dijelajahi, di air telah direnangi .. Kedamaian Empangan Pedu kekasih sejati baginya. Puncak Bukit Pakir Terbang (puncak kanan) dah 6 kali ditawannya. Yang menarik di puncak ialah pemandangannya. Kenalah bermalam di puncak. Banjaran bukit yang memanjang menjadi sempadan antara Thailand dan Kedah. Pada permatangnya hanya seluas 5 depa. Boleh menampung 30 orang peserta untuk berkhemah di puncak. Awas .. tebing curam broo... Malam sangat sejuk ... kena bawa guni plastik. Di antara 2 puncak tersebut terdapat air yang keluar dari dinding batu .... soriiiii ... tak ada gambar. cukup cantik. Yang menghairankan dari mana datangnya air tersebut... sedangkan tidak ada sungai. Itulah kebesaran Allah .... untuk manusia bersyukur.
Sampai di distinasi
Pong kha..
Kalau pernah ke Danau Toba... persekitarannya di tumbuhi rumah-rumah batu .. Tapi keindahan Pong kha .. masih belum tercemar. Danaunya yang bening .... sejuk mata memandang. 5 minit kemudian diikuti oleh bot kedua ... Barang-barang dipunggah dan diangkut ke tapak penginapan. Rakan yang perihatin .... melihat rakan-rakan yang yang lain kelelahan cgu lie .. masih bersemangat untuk memasak meegi.. berselera pulak makan meggi ni. rezeki pertama di Pongka.
Hallooo.... tak payah bawa genarator baru .. hang bawa bulb saja.. start .... bbbbbbrrrrrrrrr . ... generator berbunyi ... Aik kenapa lampu tak nyalaa... sudah.. cuba cekkkk .. karan tak masuk kot . Alkisahnya genarator dipunggah... oleh pakar-pakar kita.
Opsssssss... stopkoq patah. Semua dah panik .. alamatnya malam niii ... bergelap kita.. nyamuk dah mula menyerang.. pappp sana -- pap sini ...nggggggggg.
Mc give up ... ada... Wayar elektirk tu .. cabut wayar hijau/merah/hitam abik wayar luar buat saluran minyak dari tangki ... direct.
Start tengok .... tekan/press bagi kuat ... haaaaa. ada karan oi.. tak gelap la kita malan ni ...
sory.. kamera tak canggih setakat ni saja yang boleh ambik gambar
masih ada lagi yang mahu mengail
teruja dengan kocakan ikan di air
selam lagi baguih..
ikan bukan nampak.. gelap.
ikan tak pakai lampu dalam air...
mesti boleh tangkap....
kami nak mandiiii......
ular sawa daun.
Nampak macam 2 ekor ... sebenarnya ular ini bercabang dua
Kami biarkan ia berlalu... yang pelik dan aneh ni tak payah la... tangkap bawa balik.
Biarkan ia dengan alamnya..
Cgu Saad dan Cgu Badli..... entah apa yang dibualkan.. Pongka ..adalah lubuk riadah cgu Badli... Kalau call tak dapat tuu.... sure cgu Badli kat sini...
cgu Ad dengan hasil pukatnya.... ikan gracia (kalui) terbesar yang dia dapat..
Ana... pun dapat juga ikan gracia ni... tak la besar sangat... jangan kata ikan sepat sudahlaa...
Lehh ... hang pastikan haluan tu bagi betooiii... nanti masuk dalam reba.... tercucuk biji mata. Buta.
Yang ni rebaa..... ada dalam air... kalau bawa bot tak menyuluh waktu malam boleh terlanggar reba nii...
Yang tidak melabuh pukat boleh laa.... ngail kat tepi-tepi bot. .. kat situ nyamok tak banyak. sebab angin bertiup kuat.
lewat malam ada rakan-rakan yang masuk ke hutan balik membawa pelandok.
sedap ni ... masak apa yang best...?
BBQ kan ok... tapi tak boleh laaa. kita ramai...
Elok buat sup. Boleh makan ramai .... siang bagi kecik-kecik..
kulit tu jangan buang... kalau lapah macam kambing .... tang mana kita nak makan. isi dahlah la sikit..
Ambil abu kayu.....
lumur badan pelandok and cabut bulu
Oooo. macam tu ka.. nak cabut bulu pelandok.
resepi sup pelandok
kita makan ikan bakar..malam ni..
ikan baru ni manis-manis
Malam di Pongka amat memeritkan... nyamok .. tak boleh nak letak kepala .. masa yang ada hanya berbual-bual...
mendengar cengkerik bersahutan
kijang menyalak
ungka berbunyi hari nak siang ...
burung burung bersiulan
nun sayup di tengah air ... bunyi engin nelayan kembali memukat ikan
suasana pagi .. tak terasa telah muncul .... sedar-sedar matahari telah muncul di ufuk timur ...
25 OKTOBER 2009
7.30 PAGI
SELAMAT TINGGAL PONGKA
1.30 pm
mula keluar dari pongka menuju ke Spill way
perjalanan balik ke rumah melalui lebuhraya Durian Burung - Baling
Eksplorasi Pongka meninggalkan kenangan manis bagi semua peserta. Walaupun niat ingin berseronok memancing ikan ... tidak tertunai ... tapi hakikatnya kami amat gembira menikmati khazanah alam.
Ancaman :
Keujudan spesies ikan Tilapia Hitam akan mengundang kepupusan ikan-ikan lain. Terutamanya ikan tengas, kelah dan sebarau. Ini disebabkan ikan tilapia merupakan ikan yang mengancam habitat ikan ikan lain dari segi corak pemakanan, cara hidup dan ketahanan biologinya. Walaupun bukan dikategori ikan pemangsa... ikan tilapia ini memakan telur-telur ikan lain. Keadaan ini menyebabkan ikan tilapia akan mendominasi empangan pedu dalam tempoh 10 tahun.
Kenapa ini terjadi..?
Kerakusan manusia yang ingin keuntungan yang cepat dan mudah.
Bagaimana?
Penternakan ikan dalam sangkar, pelepasan benih tilapia di dalam empangan dengan bertujuan kepelbagaian spesis kononya.
Ada mata .... tengok.
Ada hati ... rasa.
Catatan : 9w2pdk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan