Selasa, 15 Disember 2009

PERKHEMAHAN KADET ST JOHN AMBULANS NEGERI KEDAH

Pada jam 12.00 tengahari ,
15/12/2009
(Selasa)
mendapat pangilan dari 9W2OBC meminta untuk hadir ke PJ Sentosa Campsite, Tualak untuk memberi/mengendalikan satu aktiviti perkhemahan. Memandangkan semangat setiakawan pengakap, seramai 8 orang pemimpin dan dibantu oleh 8 orang Pengakap Kelana A Padang Tetap dapat dikumpulkan. Masing-masing bergegas menyarung pakaian seragam yang entah di mana disimpan oleh wife masing-masing.
Memandangkan waktu itu, time makan tengahari semuanya berkumpul di Restoren Subrita untuk makan tangahari disertai taklimat mengenai program yang akan lakukan oleh 9w2OBC.
9W2KAS dalam kesibukan di pejabat bergegas ke PJ Sentosa, manakala 9W2PDK pun bergegas turut serta meninggalkan simen untuk mengikat bata. Mereka berdua dengan kenderaan masing-masing ke PJ Sentosa pada jam 2.30 petang. Masih sempat lagi untuk join. Pada waktu itu 9W2OBC sedang memberi taklimat aktiviti yang akan dilakukan oleh para peserta. Dengan menyampaikan beberapa buah lagu pengakap, para peserta turut rasa terhibur.
Semasa di PJ Sentosa, Campsite barulah diketahui bahawa perkhemahan tersebut ialah Perkhemahan Kadet St. JohnAmbulans Malaysia Peringkat Negeri Kedah . Perkhemahan ini melibat seramai 500 orang peserta dan 50 orang pengakap Thailand dari wilayah Phatallung.
Aktiviti yang diberikan kepada Pengakap Padang Terap ialah Ikatan dan Simpulan serta asas pembinaan gajet bagi setiap perkhemahan. Masa yang diperuntukan ialah dari jam 2.30 petang - 5.30 petang.
Pada peringkat ini, para peserta diberi tunjuk ajar berkaitan ikatan seperti buku sila, bunga geti, ikatan seraya, ikatan silang tungku serta ikatan lilit kacang.


9W2MLC (Md Ludin) menerangkan bagaimana ikatan buku sila dilakukan.

Yang ini disebut simpul manuk.. manuk tu maksud ayam dalam bahasa jawa. Siam kata kaai.
sawadi ...
ma thi... nai...?
Pathallung...!

girls scouts ... from Pathallung, Thailand

Su wooi... (cantik....)


kahh..... kah..... kah .....
ayam dan itik bercakap.... satu tak tau melayu .... satu lagi .. tak tau siam..
guna.. la ... bahasa antarabangsa...
bahasa antarabangsa tu apa... ?
pakai Isyarat laaaaa..... apa bangsa pun faham kecuali buta. Pekak pun faham.

Kalau jumpa depa ni... serah kat 9W2MLC pasti selesai. Kalau dulu boleh guna OE dan Lan Ali .. La ni tinggal mat sorang ni lagi... dalam Scouts Padang Terap.

Bariiis...................
biar 5 star punya...
Shah Jahan dengan commannya.



Sebahagian dari Scouts Padang Terap.. kerana anda Pengakap Padang Terap dah dikenali...

Anda masih muda ... rebut peluang yang ada.. biar jasa jadi kenangan.





Penyerahan tugas.
Shah Jahan selaku pengemudi aktiviti menyerah tugas kebali kepada ketua kem,
Terima kasih...

............................................................................................
info



terlindung kertas ... Cik Meerita anak En. Kuna Segaran.

En. Kuna Segaran (pengerusi Peerkhemahan)


En. Kuna melayan pemimpin pengakap.. setelah tamat aktiviti hari ini.
- terima kasih atas sumbangan tenaga dan kepakaran.
- banyak membantu dan memberi ilmu kepada pemimpin dan ahli-ahli St. John
-
Scouts Padang Terap - sedia membantu.


9W2PDK dan 9W2KAS
Pemimpin Kumpulan 27 : SMK Kuala Nerang.

SENARAI PEGAWAI PERKHEMAHAN
KADET ST JOHN AMBLANS MALAYSIA NEGERI KEDAH
2009
1. DATO' DR. CH'NG KOK HEONG - PENASIHAT
2. EN. SATHIYASEELAN - PENASIHAT DAN LO PEGAWAI UNTUK KONTIJEN THAILAD
3. EN. KUNNA SEGARAN - PENGERUSI
4. EN. MOHD JANI HJ MOHD JAMEL - KEM KOMANDER
5. EN. WONG KOK LEONG - SETIAUSAHA
6. EN. YEAP BEOW HAI - BENDAHARI
7. PN. SAW CHIN HUAT - TIMB KOMANDER
8. EN. TAN KUAN HOOI - KEM WARDEN
9. EN. SOBERI AHMAD
10. EN. ISMAIL HUSSAIN
11. PN NORHARIZAN
12. PN. CHE SAUDAH
13. EN. CHENG JOOI SEY
14. DR. TAY
15. EN. YIP JIA XIANG
16. CIK MEERITA
17. EN. LEE KIM SENG
18. EN. MOHD HAFIZ
19. EN. SELVARAJU
20. EN. RAMAYA
21. EN. SUBRAMANIAM
22. PN. LEE LANG ENG
23. EN. VICENT TAN
24. EN. ANBARASAN
25. CIK CHUAH JO ANNE
26. DR. M. MURALI
ATUCARA PERKHEMAHAN
HARI PERTAMA
15/12/2009 - SELASA
09.00 - 10.30 PG - Pendaftaran
10.30 - 12.00 tgh - Mendiri khemah
12.00 - 01.00 ptg - Taklimat Perkhemahan
01.00 - 01.45 ptg - makan tengahari
02.30 - 05.30 ptg - AKTIVITI 1 (Ikatan/simpulan/Gajet)
08.00 - 11.30 mlm - Ice Breaking
11.30 - Mesyuarat AJK Perkhemahan/Taklimat Kontijen
12.00 - ZZzzzzzzzzzz
HARI KEDUA
16/12/2009 - RABU
06.00 pg - 07.00 pg - Solat/senaman pagi/Taklimat pagi
07.00 pg - 08.30 pg - menyedia sarapan/mandi
08.30 pg - 10.30 pg - Aktiviti
10.30 pg - 12.00 tgh - Aktiviti
12.00 tgh - 02.00 ptg - Persiapan makan tengahari
03.00 ptg - 05.30 ptg - Aktiviti
05.30 ptg - 08.00 mlm - persedian makan malam/mandi/solat
08.30 mlm - 11.30 mlm - Malam 1Malaysia
11.30 - Mesyuarat AJK Perkhemahan/Taklimat Kontijen
12.00 - ZZzzzzzzzzzz
HARI KETIGA
17/12/2009 - KHAMIS
06.00 pg - 07.00 pg - Solat/senaman pagi/Taklimat pagi
07.00 pg - 08.30 pg - menyedia sarapan/mandi
Semua peserta Thailand akan mengadakan lawatan ke Alor Setar sehingga jam 2.00 petang
08.30 pg - 10.30 pg - Ceramah - Order of St. John
10.30 pg - 12.00 tgh - Ceramah - Animal Cafe
12.00 tgh - 02.00 ptg - Persiapan makan tengahari
03.00 ptg - 05.30 ptg - Aktiviti
05.30 ptg - 08.00 mlm - persedian makan malam/mandi/solat
08.30 mlm - 11.30 mlm - Malam Malaysia - Thailand
11.30 - Mesyuarat AJK Perkhemahan/Taklimat Kontijen
12.00 - ZZzzzzzzzzzz
HARI KEEMPAT
18/12/2009 - JUMAAT
06.00 pg - 07.00 pg - Solat/senaman pagi/Taklimat pagi
07.00 pg - 08.30 pg - menyedia sarapan/mandi
08.30 pg - 10.30 pg - Aktiviti
10.30 pg - 12.00 tgh - Aktiviti
12.00 tgh - 02.00 ptg - Persiapan makan tengahari
- pertandingan memasak
03.00 ptg - 05.30 ptg - Aktiviti
05.30 ptg - 08.00 mlm - persedian makan malam/mandi/solat
08.30 mlm - 11.30 mlm - MALAM SAYONARA
11.30 - Mesyuarat AJK Perkhemahan/Taklimat Kontijen
12.00 - ZZzzzzzzzzzz
HARI KELIMA
19/12/2009 - SABTU
06.00 pg - 07.00 pg - Solat/senaman pagi/Taklimat pagi
07.00 pg - 08.30 pg - menyedia sarapan/mandi
08.30 pg - 09.30 pg - REHEARSAL/TAKLIMAT MAJLIS PENUTUP
10.00 pg - MAJLIS PENUTUP
12.00 tgh - ....................... Makan tengahari - disediakan oleh PJ SENTOSA Camp Site.
01.00 pg - ................... BERSURAI - JUMPA LAGI .....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan