Rabu, 30 Disember 2009

EKSPEDISI BUKIT BATU MERAH 2007

05 - 07 April 2007


Destinasi

Puncak Bukit Batu Merah, Empangan Muda


Peserta ekspedisi

67 orang peserta


Pemimpin

15 orang guru


Tujuan

Ekspedisi dilakukan bagi memenuhi Skim Lencana Ekspedisi sebagai satu syarat untuk mendapat SIJIL PENGAKAP RAJA.


Senario Ekspedisi

Satu notis pemberitahuan telah dikeluarkan kepada ahli ahli pengakap SMK Kuala Nerang mengenai Ekspedisi Bukit Batu Merah. Kemudian satu sesi perjumpaan diadakan untuk peserta yang berminat. Dari sesi perjumpaan ini satu taklimat disampaikan mengenai tujuan dan keperluan expdc. Para peserta diberi maklumat mengenai lokasi yang dipilih. Antara maklumat yang diberikan ialah ; - tempat/lokasi - bentuk bentuk cabaran yang akan ditempuhi - habitat flora dan fauna - keperluan expdc - tahap kesihatan dan ketahanan fizikal yang perlu ada - dlln Setelah tamat sesi perjumpaan, peserta dibekalkan surat kebenaran waris, keperluan peralatan asas dan surat maklumat expdc kepada waris. dipihak penganjur.. satu kertas kerja dasar telah dibuat untuk kelulusan dari PPD dan sekolah. setelah mendapat kelulusan, satu surat makluman dihantar kepada Pondok Polis Kampung Tanjung Pedu bagi memaklumkan pergerakan peserta di Hutan Simpan Ulu Muda. Makluman lisan juga dilakukan kepada En. Salleh b. Ahmad (Pengerusi JKKKP Kampung Pinang). Dalam tempoh beberapa hari sebelum ekspedisi, para peserta sentiasa dipantau supaya tidak ada benda benda yang boleh mendatangkan masalah pada hari ekspedisi. Pada 5 April 2007, tepat jam 2.30 petang semua peserta berkumpul di hadapan pintu masuk Mutiara Pedu Lake Resort. Oleh kerana tiada bayaran yang dibuat.. untuk ekspedisi.. hanpir 10 peserta tidak dapat turut serta. Maklumlah... tiada pengangkutan ke sana. Dalam tempoh 2 jam pada masa yang dicadangkan seramai 657 peserta dapat dikumpulkan. Pada petang 5/4/2007 peserta diberi ruang dan kesempatan untuk menikmati pemandangan di pergigian air empangan pedu. Kesempatan yang ada .. cgu Nordin telah ke pos kawalan tentera dekat Mong Gajah untuk memaklumkan tentang aktiviti pengakap di situ. Tujuannya supaya pergerakan peserta ekspedisi dalam pengetahuan pihak keselamatan di situ. Respon yang diterima amat positif dari pegawai bertugas di samping menawarkan bantuan apa apa yang sepatutnya. T/kasih.. Nasihat mereka .. elakkan peserta daripada makan mi segera.. kerana perencah makanan segera menyebabkan peserta akan cepat penat dan hidrasi boleh berlaku dengan cepat. Tentera pun tak makan semasa operasi.. makan hanya untuk tahan lapar.. sahaja .. bukan untuk beri tenaga.


Malam : 5/4/2007

selepas solat isya' peserta dikumpulkan dan satu taklimat diadakan. Cgu Nordin sebagai ketua EXPDC memaklumkan bahawa program asal untuk mendaki bukit Pakir Terbang di batalkan atas faktor keselamatan. Ini kerana Bukit Pakir Terbang berada di sempadan Malaysia - Thai dalam wilayah Narathiwat. Memandangkan ada pergerakan anggota tentera Thai di sempadan - EXPDC akan di buat pada Bukit Batu Merah yang menjadi sempadan daerah Padang Terap - Sik. Selepas sesi taklimat .. peserta menikmati suasana malam di dalam hutan rimba. Setiap kumpulan .. peserta di bantu oleh guru pemimpin bergerak di sepanjang jalan raya untuk menikmati suasana malam.

Gambar-gambar semasa ekspedisi



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan